Haaa...untuk sambungan yang dijanjikan sebelum nie, aku dah janji nak ceritakan macam mana aku pre-propose dia sebelum nie...hehehe..
Mulanya macam ni, masa tue aku on the way balik Jengka...balik untuk final exam, dengan naik bus nye dari KL...Itu pn dia yang hantarkan aku kat Hentian Pekeliling...Tak pernah lagi ada seseorang yang hantarkan aku untuk balik campus melainkan family aku...dia sorang je..heee..
So, masa dalam bus tue, kitorang masing2 text sama2...memang dalam hati dah plan nak luahkan perasaan kat dia malam tue setelah aku rasa yakin dia lah orang yang aku cari selama nie..Aku pulak memang jenis kalau dah sayang, aku takkan tunggu lama untuk terus terang...kang kalau dah terlepas kat orang lain, baru frust menonggeng...huhu..so, malam tue aku buat2lah tanya nama penuh dia...mula2 dia macam pelik kenapa aku tanya nama penuh dia..then aku bagi la alasan saja nak tahu...yelaa..dah kenal2, berjumpa, tapi takkan tak tahu nama penuh pulak kn? Lepas je dia bagi tahu aku nama penuh dia, aku pun meluahkan segala isi hati aku kat dia mcm nie:
"Saya, Mohd Shahrulfaiza Bin Mohamed Anwan, nk tanya awak, Nor Ain Fazreen Bt Ahmad Zamran, sudi x awak terima saya sbg teman istimewa awak?
Dan kalau awak mmg jodoh saya yg selama ini saya cari, saya nk awak jadi teman hidup yg sanggup ada bersama saya x kira dalam susah atau pun senang untuk sepanjang umur saya.
Awak sudi x?"
Lepas je aku luahkan isi hati aku, dia mcm tetiba diam kejup..erkk..nak kena reject ker??? adehhh...tapi, tak lama lepas tue dapat msg dr dia, dia tanya msg je ker??? then, aku cakap la aku segan nak cakap...lepas tue dia call aku...huhu..malu wei memula nak jawab, takut pun ada kalau2 kene reject ke apa ke..tapi dia call semata-mata nak bagi tahu aku yang dia:
"Ye, saya sudi nk terima awak sbg teman istimewa saya.
Dan kalau awak mmg jodoh yg selama ini saya cari, saya sudi jadi teman hidup awak dikala susah dan senang untuk sepanjang hidup saya"
Tahu tak aku punya la gembira bila luahan hati aku tue berbalas...ALHAMDULILLAH...setelah setahun aku hidup seorang (bertemankan family laaa) akhirnya aku kembali dimiliki dan memiliki seseorang yang sanggup terima aku dan sanggup berjanji untuk hidup bersama aku tidak kira susah mahu pun senang...Syukur padaNya dikurniakan dia dalam hidup aku...dan aku harap, dialah orangnya, jodoh aku yang sekian lama aku tunggu dan tercari-cari...
P/S
Kepada Nor Ain Fazreen Bt Ahmad Zamran (bby), aby berjanji pada bby, yang aby akan pelihara dan menjaga hubungan kita nie sebaik mungkin dan aby berdoa agar kita sama-sama kuat menempuh segala cabaran dalam perhubungan kita..dan aby berharap sangat, hubungan kita kekal bahagia dan satu masa nanti, aby akan jadikan bby sebagai isteri aby yang akan sentiasa di sisi aby untuk seumur hidup aby dan aby akan sentiasa menjaga bby sebaik mungkin...aminnn...
Tarikh Bermulanya kisah-kisah kami berdua:
~7th OCTOBER 2012~
Till next chapter~
P/S I LOVE YOU, AinFazreen <3>3>